BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 13, 2009

HARI RAYA MENJELMA....SEDEYNYE RAMADAN TIDAK DIISI..

TATKALA AZAN MAGRIB MENJELMA,MENANDAKAN BERAKHIRNYA BULAN RAMADAN,1 SYAWAL MENGUCAPKAN KONNICHIWA,RAMADAN SAYOUNARA....

Sudah semestinya semua umat ISLAM akan bergembira dengan permulaan syawal..ini bermakna berakhirnya perjuangan mereka selama sebulan berpuasa...tapi....betulkah 1 syawal ini hari yang patut kita raikan seperti kita menang sesuatu peperangan?

Jikalau sepanjang bulan ramadan al-mubarak ini kita isikan dengan amalan2 sunat dan menahan bukan sahaja nafsu makan dan minum,tapi penglihatan,pendengaran,dan percakapan..maka..memang kita berhak untuk menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan..MENGAPA?Kita telah menang dengan musuh kita yang paling besar...NAFSU...kita telah menjadikan ia hamba kita....tetapi..fenomenanya di Malaysia...kita lebih banyak meraikan kekalahan kita kepada NAFSU....

Sahabat2 dan para tabi' tabiin menangis tatkala syawal menjelma...kita disini bersuka ria.....mereka sangat sayangkan bulan ramadan dimana mereka boleh memperbanyakkan amal2 mereka dan juga boleh juga mencari malam seribu rahmat..LAILATUL QADAR...kita di malaysia...heh..lebih banyak mencari bahaya dengan bermain mercun dan meriam buluh yang pada saban malam ramadan bunyinya menghiasi langit di malaysia...

Sensei saya pernah bercakap..."Umat Islam lebih banyak berCAKAP daripada BERAMAL dengan ilmunya.."..
Kata2 beliau sungguh tepat...saya pun merasai bahawa saya adalah salah seorang daripada golongan itu...semakin lama...semakin jauh diri saya dengan ajaran ADDIN yang sebenar....jadi sempena 7 atau 8 hari terakhir kita bersama bulan mubarak ini..marilah wahai sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah dan bersolat 5 waktu sehari....marilah sama2 kita muhasabah diri kita...dan TINGKATKAN AMAL KITA....supaya kita tidak menyesal di akhirat kelak....INSYAALLAH...

(P/S:raya.....SELAMAT AIDILFITRI KEPADA SESAPA YG TERBACA BLOG INI..YG MUSLIM....)